KATA-KATA INSPIRASI "Ketika Orang Kaya Sibuk Membina Rangkaian Perniagaan Untuk Menambahkan Lagi Kekayaan mereka, Kita Masih Lagi Terdesak Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Menyara Hidup"

Thursday, September 13, 2012

Gerak Muafakat orang Pontian Yang Menggunakan Kaedah Ekonomi Permuafakatan Sebagai Pendekatan Untuk Faedah Ahli-Ahlinya  dengan kaedah berpakat. 
Dan juga Memaparkan permasaalahan ahli-ahli dan berpakat sesama ahli untuk membuat sumbangan sekiranya ada di kalangan ahli memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan,pendidikan dan modal perniagaan.

Matlamat lain membantu ahli-ahli Membayar Hutang-hutang pendidikan,AIM,TEKUN,MARA serta membantu menambahkan jumlah pelangan dan meningkatkan jualan produk IKS dan perkhidmatan yang di usahakan oleh ahli sekiranya ada di samping merebut peluang perniagaan yang ada di iklankan oleh ahli-ahli di webblog ini.

                                                 

Gerak Muafakat orang Pontian juga merupakan salah satu inisiatif untuk mengajak orang ramai menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan Kebajikan sesama ahli,urusan jualbeli produk iks yang di usahakan oleh ahli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan/perniagaan.

Matlamat pergerakan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli (beli emas dengan smart gold saven) yang mana nilainya ribuan ringgit hanya dengan RM50 sahaja dengan kaedah muafakat.


 Sasaran permulaan pergerakkan gerak anak pontian ini ialah mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman untuk membeli sesuatu disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti telah: 

1.disenarai hitamkan, 
2.Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP   
3.Telah melebihi had pinjaman atau had umur untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya. 
Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini? Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.
                                        


Gerak Muafakat orang Pontian ni ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan sistem on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi.  Dalam erti kata lain, 

 
Gerak Muafakat orang Pontian  memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti menunaikan umrah,Haji,membeli Barangan Kemas ,komputer untuk pembelajaran anak-anak,membeli motosikal,kereta,rumah dan memulakan sesuatu perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman. 

Dalam program kelab ini adalah di harapkan tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa untuk menyertainya kerana anda hanya perlu faham apa itu matlamat gerak muafakat di dalam kelab ini dan kenapa anda perlu menyertai program komuniti di kelab ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda.    

                   
"TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai".


Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai komuniti, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah serta merta apabila kita mula mengenalkan program Gerak muafakat ini kepada orang lain.


Kejayaan setiap Ahli di dalam  program Gerak Muafakat orang Pontian ni TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program ini.
 


Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai Gerak muafakat ini dan bukan untuk diberikan kepada 'prospek'.
 

Dalam program GM orang Pontian ini, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di 'tangkap muat' sahaja.

Inilah keunikannya jika dibandingkan dengan 'program-program' yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya.
 program komuniti di kelab ini perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti kelab agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.


Program komuniti kelab  tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet.

 
Sistem Gerak Muafakat Gerak Anak pontian ini menggunakan Internet sepenuhnya melalui sistem
DYNADOLLARS yang mengitar yuran yang di bayar oleh setiap orang yang menyertainya menjana pendapatan yang lumayan dan berpanjangan.

 
Bagi mereka yang belum celik IT, pusat-pusat khidmat telah pun di ujudkan dan akan membantu para ahli mendaftar dan membuat pengeluaran pendapatan di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari.
 


                             KEPENTINGAN DAN MANFAAT GERAK MUAFAKAT  ANAK PONTIAN


Remaja:
Tampung keperluan pembelajaran termasuk ke IPT tanpa hutang, Beli motosikal, sekiranya perlu, Beli komputer,Tampung keperluan hobi seperti kamera, pakaian bersukan dan kos yang berkaitan.

Dewasa:
Membayar balik hutang piutang,AIM,TEKUN,MARA dll, Membeli kenderaan secara tunai, Persediaan berumahtangga,Tampung keperluan hobi seperti menyertai kelab motosikal berkuasa tinggi atau kereta,Melancong.

Keluarga:
Membayar balik hutang piutang,Membeli kenderaan secara tunai, Keperluan pendidikan anak-anak,Tampung keperluan Insurans sekeluarga – Kemalangan dan perubatan,
Melancong

Organisasi:
Menampung kos pentadbiran, Tidak perlu meminjam atau mencari penaja untuk sesuatu projek, Sumber modal berterusan.

Masyarakat:
Bantuan untuk rumah-rumah kebajikan, Bantuan untuk Yayasan yang memberikan manfaat kepada masyarakat, Mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

                                                 KESIMPULAN
1. Sistem Tabungan yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,
2. Membantu masyarakat memiliki sesuatu yang tidak upaya dimiliki sekiranya berusaha bersendirian,
3. Sistem yang sangat mudah untuk diguna-pakai,
4. Sistem jangkapanjang.

                            RUTIN YANG MELIBATKAN KEWANGAN HARIAN:

Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, belanja dapur, wang saku sekolah anak, susu anak, diapers anak, top-up kredit handphone.

BULANAN
Bil letrik, bil air, bil telefon, astro, maintenance, duit penjagaan anak(nursery).

KENDERAAN
Petrol, insuran dan cukai jalan, servis, pembaikan kenderaan.

PENDIDIKAN
Kemasukan anak ke sekolah, kolej, pusat pengajian tinggi (yuran, pakaian, kos penghantaran, laptop, motosikal, sewa rumah).

PERUBATAN
Bil perubatan (klinik, hospital, rawatan pakar, wad).

PEMBAYARAN PINJAMAN
Pinjaman bank,AIM,TEKUN,MARA pinjaman PTPTN, hutang kawan, bayaran kad kredit, kenderaan.

RAYA
Baju raya, belanja raya, duit raya.

SUMBANGAN
Anak-anak yatim, orang-orang miskin, pertubuhan seperti MAKNA, program-program keagamaan, kenduri kahwin.

PERANCANGAN
Pelaburan dalam Tabung Amanah, simpanan SSPN, pembelian INSURAN, pembelian RUMAH, PERABOT, KENDERAAN baru, perbelanjaan PERKAHWINAN dan lain-lain lagi.

        KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENINGKAT AKAN MENGAKIBATKAN
Berapa ramai ahli keluarga / kenalan kita yang;
1. Disenarai hitam?
2. Telah muflis?
3. Sedang menanggung jumlah hutang yang besar?
4. Belum bekerja tetapi telah menanggung hutang PTPTN?
5. Dan apa sahaja kesempitan berpunca daripada kewangan.

Sekiranya anda juga berada dalam situasi yang sama;
1. Anda boleh teruskan usaha yang dilakukan untuk keluar dari masalah itu DAN / ATAU
2. Anda juga boleh menyertai satu GERAKAN yang berusaha SECARA BERKUMPULAN untuk MENGUBAH cara kita menggunakan kewangan yang TERHAD.

Gerakan global ini dinamakan;
1. Solidarity Economy,
2. Economic Democracy,
3. Population Economy,
4. Sharing Economy dan beberapa istilah lain.

“GERAKAN GLOBAL YANG BERMULA HASIL DARI KRISIS EKONOMI YANG MELANDA USA, GREECE DAN DIGUNAPAKAI SECARA MELUAS DI NEGARA - NEGARA SKANDINAVIA”

“KRISIS YANG MELIBATKAN KERUNTUHAN INSTITUSI KEWANGAN HASIL DARI TINDAKAN YANG KURANG BIJAK SEHINGGA PELANGGAN / RAKYAT MENANGGUNG KERUGIAN”

PERSOALAN:
Sekiranya pelanggan tidak membayar pinjaman, bank ambil tindakan sehingga pelanggan diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
Apabila pengurusan bank gagal mengurus deposit pelanggan sehingga menyebabkan bank muflis, apa yang boleh dilakukan oleh pelanggan?

Persoalan ini telah menyebabkan banyak pihak berfikir semula dan memulakan pelbagai diskusi untuk mencari ALTERNATIF kepada sistem perbankan kapitalisme.

sistem yang sama digunakan di Malaysia. Sistem yang berat sebelah dan hanya berpihak kepada bank dan pelanggan tiada pilihan untuk membuat tawaran balas.

>Bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, banyak artikel yang terdapat di Internet yang membincangkan topik ini sehingga kini dijadikan bahan kajian untuk mahasiswa di peringkat sarjana di Presidio Graduate School's MBA program. Antara tajuk yang digunakan ialah Gifting, Collaborative Consumption dan Sharing Economy. Lynn Twist dalam bukunya Soul of Money juga banyak memperkatakan tentang isu permuafakatan ini.


Pautan
Collaborative Consumption

 "Jika cita-cita perjuangan kita merupakan satu bangunan, maka kita semua adalah merupakan bata-bata
yang disusun menjadi kesatuan bagi mendirikan bangunan itu"  
   
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”